Thursday 13 September 2012

Soalan Ulangkaji



Jawab soalan berikut. Tuliskan jawapan anda di dalam buku latihan 1

Soalan Latihan BAB 3 

Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang betul.

1.
Rajah di bawah menunjukkan seekor haiwan.

 
Antara haiwan berikut, yang manakah boleh dikelaskan dalam kumpulan yang sama seperti haiwan di atas berdasarkan tabiat makan?

A
Kucing
C
Gajah

B
Harimau
D
Tenggiling

2.
Antara rantai makanan berikut, yang manakah betul?

A
Rumput   à  Rusa   à   Gajah

B
Pokok padi   à   Katak   à   Ular

C
Bunga matahari   à   Rama-rama   à   Mentadak

D
Kubis   à   Beluncas   à   Arnab

3.
Rajah di bawah menunjukkan haiwan P.



Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kedudukan yang betul bagi haiwan P dalam satu rantai makanan?

A
Tumbuhan   à   P   à   Belalang   à   Burung

B
P   à   Burung   à   Belalang   à   Tumbuhan

C
Tumbuhan   à   Belalang   à   P   à   Burung

D
Burung   à   P   à   Belalang   à   Tumbuhan



5.
Rajah di bawah menunjukkan lima jenis haiwan di sawah padi.

                   


Tikus merosakkan pokok padi. Burung hantu dibela untuk mengurangkan bilangan tikus. Haiwan lain yang manakah akan turut berkurang?

A
Ular dan katak

B
Rama-rama dan katak

C
Belalang dan ular

D
Rama-rama dan belalang

Tuesday 11 September 2012

Aktiviti Tambahan

Jom Tonton..............



Jom Menyanyi


Lirik: Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul ? Macam mana  aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau kenapa tak makan rumput? Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit ? Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah ? Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan kenapa kau timpa kayu? Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh Ular kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku


Kenal Pasti Rantai Makanan



1. Berdasarkan gambar di atas, kenal pasti dan senaraikan haiwan dan tumbuhan yang terdapat didalam gambar tersebut di dalam buku latihan.

2. Bina rantai makanan berdasarkan senarai tumbuhan dan haiwan tadi.

Contoh rantai makanan

 Contoh rantai makanan:



    


Berdasarkan rantai makanan di atas, anak panah membawa maksud ' dimakan oleh'.
Produser bagi rantai makanan di atas adalah ______________.
Konsumer I adalah _____________.


Murid-murid sekalian berdasarkan kisah Nasib di Rimba tadi, bina satu rantai makanan yang terlibat            di dalam buku latihan kamu.




Monday 10 September 2012

Apa itu rantai makanan???

Seronok tak baca cerita tadi??? Kalau murid-murid semua nak tahu, sebenarnya terdapat satu rantai makanan yang ditunjukkan dalam kisah itu tadi. Siapa tahu apa itu rantai makanan?

Rantai makanan adalah peristiwa makan dan dimakan antara orgnisma dengan urutan tertentu. Dalam rantai makanan ada makhluk hidup yang berperanan sebagai konsumer atau pengguna dan produser.

Konsumer ialah makhluk hidup yang tidak dapat membuat makanan sendiri. Konsumer bergantung kepada makhluk hidup yang lain. Contohnya manusia dan haiwan.

Produser pula adalah makhluk hidup yang dapat membuat makanan sendiri. Contohnya tumbuhan hijau.

Konsumer yang memperoleh makanan dari produser secara langsung dikenali sebagai konsumer tingkat satu (Konsumer I) manakala konsumer yang memperoleh makanan dari konsumer I dikenali sebagai konsumer tingkat dua (Konsumer II) dan seterusnya.



Contoh konsumer:

Lebah 

Katak 
Burung Hantu
Ular

Contoh Produser:
   
Bunga Teratai
Pokok Puding 

Rumput

Saturday 8 September 2012

Nasib Penghuni Rimba

Sebelum kita meneruskan pelajaran kita untuk topik ini, cikgu akan ceritakan sebuah kisah yang bertajuk Nasib Penghuni Rimba


Kisah ini mengisahkan tentang seekor Animated Bee on white background  dan rakan-rakannya yang tinggal di dalam sebuah hutan. Terdapat juga  binatang-binatang lain dalam hutan itu seperti animated frog  resimleri  dan . Mereka hidup di dalam hutan tersebut sejak beberapa generasi yang lalu. Kamu tahu tak? mereka saling memerlukan antara satu sama. Oleh itu, mereka perlu sentiasa berhati-hati untuk mengelakka daripada menjadi makanan binatang lain.

Sang Animated Bee on white background suka bermain-main di taman . Sang  Animated Bee on white background  suka meminum nektar yang terdapat dalam bunga-bunga tersebut.

Pada suatu hari Sang  Animated Bee on white background  berterbangan di kawasan sebuah kolam seorang diri. Dia tertarik dengan sekuntum bunga teratai di kolam tersebut. Dia terus hinggap pada bunga teratai tersebut untuk minum nektar yang terdapat pada bunga tersebut. Semasa hinggap di bunga tersebut, tiba-tiba datang
seekor animated frog  resimlerimelompat-lompat ke arahnya. Dia terlalu asyik meminum nektar bunga tersebut sehingga dia tidak sedar kehadiran sang animated frog  resimleri. Sang animated frog  resimleri dengan pantasnya menjelir lidah untuk menangkap sang Animated Bee on white background. Nasib Sang Animated Bee on white backgroundbegitu malang pada hari itu. Maka, tamatlah riwayat Sang Lebah.  Sang animated frog  resimleribegitu kenyang. Dia melompat ke kawasan padang. Tanpa disedari, dia diperhatikan oleh Sang . pDengan pantasnya Sang mengejar Sang animated frog  resimleri  yang kekenyangan lalu memakannya. Maka tamatlah riwayat Sang animated frog  resimleri. Sang  berehat di bawah pokok kerana kekenyangan. Sang  tidak menyedari bahawa dia sedang di perhatikan oleh seekor . Burung tersebut terbang dengan pantas lalu menyambar Sang . Maka tamatlah riwayat Sang  itu. Begitulah keadaan di rimba tersebut. Semua penghuni sentiasa berhati-hati kerana mereka takut ditangkap oleh haiwan lain.